Saya kurang mengakalkan kejatian perkauman. Saya hanya berminat dengan kejatian kebangsaan. Keseluruhan sejarah negara saya memang dicacatkan dengan hal perkauman yang tidak selari dengan hal kebangsaan. Oleh sebab itu, perpaduan selama-lama ini tidak tercapai antara marhaen, yang memadankan kebangsaan dengan perkaumanan, dan tidak memadankan kebangsaan dengan kenegaraan.
Sejarah kenegaraan mestilah dirujuk. Dalam akal sekelompok marhaen, perkauman adalah kejatian yang wujud sebelum kenegaraan, dan kenegaraan hanya alat ungkapan perkauman. Selama kelompok ini membawa kemarahan dan kesengsaraan hatinya ke pasaran, sebarang percubaan untuk membangsakan Malaysia tanpa kesakitan perkauman, nampaknya kerja sia-sia.