Akta Kemajuan Hartanah Bumiputera - inilah cadangan sahaja.
Petikan ini adalah susulan daripada pengajian sekejap, tanpa kaedah saintif, dan merupakan hanya hipotesis, dan bukan sebarang simpulan. (Tak lama saya mengaji ekonomi hartanah Malaysia, atas keperluan membina tempat perlindungan bagi orang2 tua saya, sebulan dua ini.) Yang diperhatikan :
1. DASAR awam, dan perundangan, yang menyekatkan pemilikan TANAH kepada kumpulan tertentu mengikut keturunan, telahpun BERAKAR umbi sejak zaman prakebangsaan Malaysia ... mungkin juga sebelum 1913.
2. Dasar HARTANAH telahpun terus dibangunkan SELEPAS kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia. Pembangunan dasar ini telah mengalami pelbagai arus, terutamanya pengaruh Dasar Ekonomi Baru (1971).
3. MATLAMAT dasar2 ini adalah pelbagai. (3.1.) Penjagaan hak dan aset perbadanan dan persatuan dari zaman dahulu, di bawah perlabelan sosial : perkauman, kedaulatan, monarki, kesultanan, dll. (3.2.) Pengubahan nisbah pemilikan aset antara pelbagai kumpulan sosial yang dianggap berasingan, oleh sebab rangka perlabelan sosial yang diandaikan rasmi dalam proses penggubalan dasar.
4. Dari segi teori ekonomi, mana2 dasar mempunyai KOS PELUANG yang berstruktur, contohnya dengan dasar sekatan perkauman tanah, antara akibatnya adalah pengurangan saiz pasaran bagi tanah yang tersekat, dan seterusnya penyekatan kecairan modal yang dapat didedahkan kepada pasaran tersebut. Pendek katanya, nilai kewangan jangka "pendek" tanah bumiputera telah DIKURANGKAN demi mencapai tujuan stratejik jangka "panjang". Ini nampaknya satu kesilapan.
5. Kesilapan dalam mana2 kerja, termasuknya penggubal dasar awam, adalah kebiasaan duniawi. Soalan selalunya adalah, dalam mana2 kerja, bolehkan pembaikan berlaku, ataupun telahpun kerja itu sudah tersekat tanpa peluang kemajuan selama2nya?
6. Dengan itu, mungkinlah penggubal2 perundangan Malaysia terkini bolehlah merangkakan sesuatu akta yang mencapai kesemuanya (3.1.) dan (3.2.), DAN tambahan kepada itu, mencapai kecairan modal kepada hartanah bumiputera sehingga nilai jangka pendek hartanah itu bolehlah naik menjadi sama, atau LEBIH daripada nilai hartanah bukan-bumiputera.
7. Penggubalan dasar itu bukan khayalan, tapi kenyataan masa kini. Alat2 perundangan dan kewangan yang boleh dikhaskan bagi tujuan ini, adalah :
- amanah pelaburan hartanah,
- kontrak mudharabah,
- klausa pemindahan pemilikan bersyarat,
- klausa pemulangan pemilikan bersyarat,
- klausa penyekatan penyelenggaran,
- klausa penyekatan nisbah ekuiti,
- klausa penyekatan sumber peminjaman modal,
- klausa penyekatan rantaian bekalan pemaju,
- dll.
8. Sudahlah kita tahu, Malaysia adalah ekonomi yang menegaskan penyekatan. Jadi contoh2 penyekatan tersebut taklah terlebih2. Asalkan kita senegara boleh mengamalkan penambahbaikan berterusan dalam penggubalan dasar penyekatan.