1. Pendeknya, Melayu Malaysia beragama Islam. Kita abaikan kemelayuan secara am di luar sempadan, sebab tujuan nota ini mengenai kemalaysiaan sahaja.
2. Kesyukuran membawa maksud yang berat dalam Islam, jadi Melayu susah nak membrainkan konsep seorang manusia yang langsung tiadanya kesyukuran. Kalau digagaskan pun, sebarang manusia begitu akan dianggap melanggar alam, sebab dispesiskan sejenis kafir.
3. Selain daripada Islam, pelbagai akar kebudayaan orang Asia, mementingkan sangat konsep kesyukuran. Contohnya konfusianisme, mengutamakan tabiat taat ibubapa, dan itu pun datang dari agama pemujaan nenek moyang yang lebih kuno lagi.
4. Walau bagamanapun, pelbagai jenis manusia wujud lah di mana-mana, tanpa atau dengan kurang bersyukur.
Dalam perundangan Malaysia ...
5. Yang tersurat : kesyukuran tiada maksudnya dalam perlembagaan Malaysia. Tiadapun jentera perundangan yang kini menganggap kesyukuran sebagai punca atau akibat.
6. Yang tersirat : Melayu Malaysia menganggap kewarganegaraan-Malaysia orang bukan Melayu, sebagai hadiah yang dikhlaskan oleh Melayu Malaysia.
7. Jadi Melayu senang marah, bila bukan Melayu tidak meluahkan kegiatan yang bersifat syukur.
8. Manakala setiap warganegara kelahiran Malaysia yang wujud selepas hari kemerdekaan,
- yang mungkin orangnya bukan Islam ( berpelembagaan ),
- yang mungkin tidak pun menganggap hidupan duniawi sebagai sesuatu yang bernilai ( berpelembagaan ),
- yang mungkin tidak taat kepada ibubapanya sendiri ( berpelembagaan )
... mungkin juga, berasa bahawa kewarganegaraannya sendiri adalah sesuatu yang percuma sahaja, dan bukan dikuasai melalui sebarang perjanjian tersurat antara dirinya dan negara.
9. Ini tidak ghaib.
10. Sistem pendidikan kebangsaan Malaysia, pun tidak dapat memaksa sesiapa untuk mempunyai mana-mana nilai moral ( boleh cuba, tetapi kejayaan tidak terpasti ).
11. Jadi patut lah Melayu menghadapi jangkaan, selama-lamanya menemui kecewaan, dengan orang yang dijangkakan bersyukur tapi tiadapun ciri itu padanya?
12. Melayu tidak patut kecewa. Kejuruteraan tatatertib bagi situasi begini sudahpun diketahui selama adanya perundangan di dunia.
13. Bagi mengelakan kekecewaan, kesyukuran boleh dimaktubkan sebagai sesuatu yang cirinya tersurat dalam perundangan kebangsaan.
14. Ia boleh dikendalikan sebagai perjanjian / sumpah kewarganegaraan.
15. Lagipun ia boleh dikendalikan sebagai pelbagai taraf peperiksaan awam, dimana kanak-kanak mesti mencapai pelbagai taraf hak dan keistimewaan kewarganegaraan melalui pembuktian kefasihan dasar kenegaraan Malaysia.
16. Mengapa sistem ini, belum lagi wujud di negara kita? Sejarah matapelajan sivik yang wujud pada zaman 1970-an tetapi hilang sejak 1980-an, adalah peristiwa bab lain ... mungkin patut dibincangkan sekaligus dengan peristiwa kehilangan matapelajaran falsafah dari universiti kita, juga pada zaman itu ...
No comments :
Post a Comment