2025-10-22 at

Bangsa, Agama, dan Kelola

Peristilahan : "bangsa, "agama, dan "kelola".

1. Pada dasarnya ...

Setiap satu terma ini niskala, dan penggunaannya selalu mencetuskan salah faham.

AGAMA. Ia mampu merujuk kepada (A) pendirian yang tidak rasmi, ataupun (B) keundangan rasmi.

BANGSA. Ia mampu merujuk kepada (C) perkauman yang tidak rasmi, ataupun (D) kenegaraan rasmi.

KELOLA. Ia bersemantik semacam "kyber" dari Yunani kuno, dan "kamudi" dari Jawa kuno, dan telah disesuaikan menjadi tatakelolan ( "tadbir urus", "governance", "kybernetike" ).  ( Ia berhubung dengan istilah sibernetik, iaitu sains pemahaman sistem sebab-akibat berlingkar, sama adanya semula jadi atau buatan, tapi topik itu lain sikit. )

2. Jadi ...

Di mana-mana juga, AGAMA merupakan pendirian, dan pemahaman terhadap hubungan antara seseorang dan persekitarannya (A). Manakala, hanya di kawasan yang berkelolaan rasmi, agama seseorang itu terjadi lah keadaan rasmi, di bawah perundangan (B). Keadaan ini selari dengan gagasan keBANGSAan (C, D).

3. Seterusnya ...

Seseorang itu mungkin lah berpendirian berumat agama X, tetapi oleh sebab kedudukannya di kawasan yang dibawah perundangan rasmi ke-atas X, di mana umat rasmi X bertanggungjawab ke atas pelbagai cukai masa, tenaga, kewangan, kejenayahan, dan sebagainya ... dan oleh sebab seseorang itu tidak mahu dibebankan dengan tanggungjawab itu ... jadi seseorang itu mungkin akan menafikan keumatan-X-nya secara rasmi.

4. Akibatnya?

Jawapannya kosong, sebagai latihan bagi pembaca. 

No comments :

Post a Comment