"tak faham kenapa ada orang marah - bende itu sudah termaktub"
ekshellii ... saya ada pandangan lain sikit.
1. Perundangan apa-apa pun, boleh ditukar, SEKIRANYA, adanya sokongan majoriti. Kita abaikan topik ini dulu.
2. Bahasa tidak diwajibkan bagi penggunaan rakyat dalam perundangan. Ia mampu diundangkan begitu. Saya galakkan orang ramai cuba mengundangkannya - sebab saya pun dah penat dengan ...
3. ... isu orang A tak selesa dengan pendirian orang B, tapi tak nak mengundangkan isu itu. Isu hati kurang diwajibkan dalam perundangan. Jadi kita sepatutnya abaikan isu hati orang lain. KALAU satu isu penting, ia patut DIUNDANGKAN bukan biar sebagai isu hati saja. Contohnya : "sayang", "hormat", "setia" - perkataan ini semua tiada maksud, kecuali dalam otak setiap pemikir berasingan. Kalau nak membawa maksud serentak bagi rakyat, kena pakai undang, "jangan pijak bendera - kalau pijak masuk penjara" dan selainnya.
4. Ok. Sekarang kita sampai pada isu "mengapa kita takut, marah, duka, amok, dll dengan keselamatan institusi, walaupun sudah ada dalam perundangan". Pendek kata, ini bukan kecuaian. Semua gerakan perkataan di tempat awam, di media massa, surat khabar, TV, radio, medsos, sekolah awam, tempat awam ... BAKAL DIKAWAL SESIAPAPUN, jadi kenapa SESIAPAPUN, tidak nak mempergunakannya bagi mengukuhkan kuasa PARTI SENDIRI ? Kesemua isu ini adalah operasi perhubungan strategik dalam jentera politik sejak zaman dahulu, sejak TunM and mungkin boleh dikatakan sebelumnya. Bende ini memang KHAZANAH ZAMAN PERANG DINGIN.
5. Jadi siapa nak gerak untuk membatalkan politk berasaskan dengki dan pencacian antara kaum? Siapa lagi? Kalau bukan rakyat, yang SEDIA, dan MAMPU, dan DIKURNIAKN DENGAN MANDAT, siapa lagi? Itu sebabnya kita mesti galakkan anak muda untuk FASIH KENEGARAAN : perundangan, jentera politik, ekonomi, tek, dan kesenian perhubungan. Kalau tidak, BIARLAH ORANG LAIN TADBIR.
6. Nampak tak saya tidak memihak kepada ketuanan Melayu atau ketuanan pukul rata ... yang saya ingin sampaikan : dunia bukan tempat yang selamat. Keselamatan hanya dimenangi dengan kerja yang rumit.
Seriously like - fuck this kindergarten country - I would rather be spending my time studying ML :P
But you look at the numero uno country on earth, and it is no different.
So you have no choice : political participation is social work.
No comments :
Post a Comment