2024-12-04 at

Nota mengenai Sektor Aset Kripto

1. Cerita Saya dalam Dunia Pemasaran Mata Wang

2. Penghayatan Kritis dari segi Ekonomi Politik Antarabangsa

3. Lima Dikotomi Penting

1. 

Dulu, tahun 80/90-an, bila umur saya sekitar 7 tahun, saya juga pernah mengeluarkan mata wang tersendiri. Tek pada masa itu tak berapa kembang, jadi saya tulis nombor saja, pada kertas rami manila berwarna jingga. Duit tu, saya kasi airdrop kepada adik-adik saya (kasihan mereka), dan bermulalah ekonomi duit jingga. Nilai duit jingga runtuh tidak lama demikian, dan ekonominya pupus, akibat kecerdikan adik-adik saya yang menguasai konsep bekalan wang tidak terhad yang dikuasai radikyat.

30 tahun seterusnya, saya tidak berani melabur dalam aset kripto sebelum pengawaiselia kerajaan mengeluarkan dasar yang kukuh atas pengunaannya ... jadi saya tunggu sehingga pelbagai pihak sudah menjadikan bencana yang amat besar, dan akhirnya selepas FTX tumbang, barulah saya mula pengajian sektor aset kripto. Ini berdasarkan pemahaman bahawa bila-bila sahaja, mana-mana bangsa yang mempunyai senjata untuk menguatkuasakan kedaulatannya, boleh mengharamkan dalam wilayahnya penggunaan sebarang mata wang asing, termasuklah sebarang aset kripto, dalam sekelip mata.

Pada masa kini, saya anggap aset kripto sebagai kelas aset alternatif yang belum lagi dasarnya ditetapkan dengan kukuh oleh sebarang bangsa. Kalau kerajaan menentukan rakyat boleh labur, laburlah ... dengan peringatan satu hari nanti ada juga kemungkinan ianya boleh diharamkan. 

2. 

Ringkasan situasi kini di ekonomi politik antarabangsa / EPA / IPE : mata wang kebangsaan merupakan perjanjian, iaitu alat, antarabangsa yang membolehkan perdagangan dan permindahan kuasa antara pihak-pihak yang tertentu, bagi melindungi keselamatan pihak itu. Dari pandangan ini, alat-alat mata wang sewajarnya boleh dipersenjatakan oleh pihaknya. 

Tetapi, setiap bangsa di dunia belum lagi mengharaman mata wang tidak berdaulat / bukan kebangsaan, kerana kehadiran mata wang tidak berdaulat boleh melemahkan pentadbiran ekonomi setiap bangsa berdaulat yang lain. Inilah dipanggi satu strategi kelemahan yang saling terjamin. Aset kripto la, senjata kelemahan massa. Inilah corak ketatakelolaannya.

Kalau seluruh dunia boleh dipersekutukan dibawah satu kerajaan sahaja, maka pengunaan alat/senjata mata wang kripto akan lesap, dan nilainya akan merosot. Tetapi kita tidak harapkan kejadian ini dalam masa terdekat.

3. 

**Mata wang** boleh dikelaskan secara terperinci. Dikotomi-dikotomi yang seterusnya adalah berasing, dan tidak bertindih antara satu sama lain :

  • ... Dikotomi Pertama : adanya mata wang 'kebangsaan / berdaulat', dan mata wang 'bukan kebangsaaan / tidak berdaulat' ;
  • ... Dikotomi Kedua : adanya mata wang 'komoditi / bernilai intrinsik', dan mata wang 'fiat / bernilai ekstrinsik';

**Pemindahan** mata wang juga mesti dikelaskan secara terperinci.

  • ... Dikotomi Ketiga : mata wang 'komoditi / bernilai intriksi' boleh dilakukan secara 'fizikal', atau secara 'perwakilan / dalam perlambangan perakaunan' ; manakala **semua pemindahan** mata wang 'fiat / bernilai ekstrinsik' adalah hanya secara 'perwakilan / dalam perlambangan perakaunan' ;

( Walaupun orang ramai menganggap duit kertas kebangsaaan sebagai mata wang 'fizikal', sebenarnya duit kertas merupakan mata wang 'fiat', berdasarkan pemahaman duit kertas merupakan perlambangan perakaunan yang tiada nilai intrinsik. )

  • ... Dikotomi Keempat : **permindahan secara perwakilan** mata wang boleh dilakukan atas sebarang medium, termasuklah 'medium bukan-elektronik' ( contohnya duit kertas sebagai token, ataupun perakaunan yang ditulis pada dokumen kertas ), dan juga 'medium elektronik' ( contohnya token elektronik, ataupun perakaunan yang tersimpan secara elektronik ).
  • .. Dikotomi Kelima : *permindahan secara perwakilan dalam perakaunan** boleh dilaksanakan secara 'lejar kriptografi', atau 'tanpa lejar kriptografi'... di mana kripto sebenarnya boleh dilaksanakan atas kertas juga, walaupun tidak senang. Jadi bila dibentangkan konsep 'mata wang digital bank berdaulat/berbangsa / CBDC' ia mungkin tidak melibatkan kripto.

No comments :

Post a Comment