2020-06-14 at

Pelancaran Parti ADD

Tahniah diucapkan, kepada Yang Amat Berhormat Tun. Mahathir Mohamad atas penubuhan parti barunya, AAD. Untuk meneruskan kerjasama antara kaum se-Malaysia ... saya pula cadangkan kita menubuhkan sebuah parti baru untuk bergabung dengan AAD dalam PRU15 yang semakin menghampiri pada masa depan negarakitaku yang aman, yang damai, yang mencapai. Parti baharu ini akan dijenama(kan?) Parti ADD, iaitu Parti Aku Dapat Dengki. Manifesto Parti ADD tidak akan menumpukan fokus yang terlalu sempit atas perwakilan perkauman ... dengan itu warganegara Malaysia dari semua kaum dijemput masuk parti ADD. Keperluan keahlian Parti ADD adalah satu sahaja, iaitu seorang bakal ahli Parti ADD mestilah berfikiran dengki. Tidak kiralah apa itu objek perdengkian seseorang itu ... dengki, sebab tidak dilayan warna kulitnya lah, sebab tidak dilayan awek lah, sebab tidak dapat kontrak lah, mana-mana pun boleh diterima. Dengan pengumuman ini, saya haraplah kita boleh mendaftarkan Parti ADD dengan serta-merta supaya warganegara Malaysia pelbagai kaum boleh berikat, dan menggabungkan kuasa dalam barisan yang beramanah. Salam satu perdengkian.

No comments :

Post a Comment