2026-04-19 at

perkataan dan ontologi allah di Malaysia

Tuhan atau allah atau benda yang membawa pelbagai nama lain dalam bahasa kita, mempunyai ciri ontologi yang menarik. Bagi sesesorang, ia mecirikan manusia, bagi seseorang, ia langsung tiada ciri kemanusiaaan. Bagi seseorang, ia bukan apa-apa selain daripada manusia sendiri. Bagi seseorang, ia berciri LGBT. Bagi seseorang, ia adalah haiwan, robot, batu, mi, ataupun cuaca. Bagi seseorang, ia niskala tanpa kenyataan langsung.

Kita kena membahagikan kata-kata nama daripada rujukannya. Walaupun sesetengah kata nama ada sekatan penggunaannya dalam perundangan negeri dan wilayah Malaysia, contohnya dalam Enakmen Ugama Bukan Islam, sejarah peradaban sedunia tidak memberi monopoli bahasa ataupun gagasan kepada mana-mana pihak.

No comments :

Post a Comment