2025-12-17 at

"budaya Malaysia"

Budaya Malaysia bukanlah budaya Melayu, walaupun budaya Melayu adalah budaya Malaysia.

Walaupun "hak Melayu" dilindungi di Malaysia ... hakikatnya : budaya Malaysia bukan HANYA budaya Melayu.

Budaya Malaysia ada kepelbagaiannya, termasuklah budaya2 { yang termaktub, dan yang tak termaktub }, { yang kuno, dan yang baru tercipta sejam }, { yang lurus, dan yang songsang }, { yang liar, dan yang jinak }, { yang diterima umum, dan yang dibenci ramai }, sekaligus segala kegiatan mana2 orang yang membawa kewarganegaraan Malaysia, keseluruhannya terjadilah "budaya Malaysia". Kepelbagaian itulah mulia, dan itulah dasar perbadanan kita.

Kenape? Sebab termaktublah dalam perlembagaan ... kita terdiri daripada orang yang berbeza, tapi tiadalah mana satu yang haknya lebih daripada mana2 yang lain, selain daripada apa yang tersurat.

Selalunya isu2 yang dikatakan tersirat menjadi polemik semasa - itulah, budaya kita juga, selama2 nya orang di sini akan membentangkan maksud tersirat perundangan kita.

Tapi isu yang tersurat saja yang kita boleh tuntutkan, secara am.



Inilah pemandangan saya setelah membaca komen2 dari pelbagai orang yang berpandangan bahawasanya budaya bukan Melayu patut dibuang dari Malaysia.

No comments :

Post a Comment