2026-01-04 at

kaum

Konsep "kaum". 

Konsep sejagat perkauman, adalah konsep usang. Konsep kebangsaan, masih berguna, tanpa pencampuran konsep usang itu, dan perkataan "kebangsaan" boleh ditafsir lebih elok lagi, sebagai sinonim kepada perkataan "nasional" dan "kenegaraan".

Walau bagaimanapun, ada antara kita yang duduk di bawah pemerintahan kerajaan, di mana kitab tertib kebangsaannya digubal pada masa kuno, di mana pada kefahaman kuno itu, konsep perkauman masih berguna. Jadi kini, kita masih menemui kegelabahan dalam otak individual tertentu, mengenai perkaitan antara kaum, negara, dan bangsa.

Dalam keadaan ini, seseorang tidak patut mengambil hati dengan kegelabahan saudara kuno yang mengasyikkan konsep perkauman dalam pemikiran sehariannya. Rohani dan duniawi seseorang itu masih boleh berterusan dengan penumpuan kepada pendasaran yang selain ketimbang kegelabahan tersebut. Seperti manapun pendasaran itu, ia adalah pilihan peribadi seseorang. Tujuan nota ini hanya bagi mengingati pembaca bahawa konsep kaum merupakan sesuatu yang ketinggalan zaman.

Jadi, janganlah mengambil hati dengan kegiatan, kenegaraan, pekerjaan, pemikiran, dan polemik yang meyasarkan kelemahan kuno perkauman. Tumpukan kerja anda pada tujuan yang lebih sesuai.

😂

No comments :

Post a Comment