Ulang kaji, kehidupan politik saya, sebagai serorang rakyat Malaysia, antara umur 14 dan 43.
1990-an : Dulu masa kecil (terlupa pulak tahun apa) pernah aku bercita-cita secara sia-sia untuk bekerja sebagai perdana menteri ... bukan bagi kemewahan, tapi nampaknya hanya PM dapat menentukan tahap penyelenggaran negara. Pada zaman kelahiran saya, Tun M yang menebang kuasa cabang-cabang kerajaan persekutuan dan masyarakat sivil : kehakiman, kewartawanan, gerakan politik dan agama minority, raja-raja Melayu, dan lain-lain, dan memindahkan kuasa kepada kedudukan PM, sebagai penggerak utama dalam cabangan perundangan, dan eksekutif.
Tapi bila sampailah zaman Reformasi dan ternampak kita adanya humban menghumban dan tuduhan ke atas pendirian peribadi secara kasar - sedarlah saya bahawa politik Malaysia belum lagi matang, dan amat membahayakan kepada penyumbangnya. Berundurlah sebarang minat saya daripada penyertaan dalam bidang ini, dan terpulanglah saya kepada pengajian lain, lebih pada STEM, dan sejarah pemikiran ketamadunan sedunia.
Pada waktu itu, saya rasalah bahawa budaya Malaysia kolot, dan tidak berfaedah kepada saya kalau menelitikannya selama dua atau tiga dekad. Saya rasalah, sebarang perubahan politik daripada genggaman keMahathiran (termasuk anak buahnya) mestilah mengambil beberapa kitaran baru dapatnya perubahan yang cukup menarik. (Pada 2026, kita masih dalam era keMahathiran, ya?)
2000-an : Saya dikurniakan dengan peluang untuk mengaji ke luar negara, selepas SPM, dan saya bercadang untuk menumpukan perhatian atas kajian bukan-perniagaan semasa di kolej, supaya dapat sikit kanta dari luar negara bagi memahami apakah yang berlaku dalam Malaysia, pada keseluruhannya. Selepas dapat ijazah sarjana mudah, terpulanglah saya ke Malaysia, dimana saya terus bermula dengan pengajian suasana tempatan, dari segi kerajaan dan perniagaan, tanpa mengabaikan pergerakan teknologi sedunia pada dekad itu. Ini saya dapat teruskan sampai tahun 2023.
2023-2032 : sedangkan saya tengah cuba pengajian sedekad dalam STEM bagi mengukuhkan pemahaman am saya. Dengan masa lapang saya, saya turut bermula akhirnya untuk melatihkan membacaan bahasa dan politik Melayu, yang sampai masa ini saya lebih mengabaikan (sebenarnya : seseorang rakyat tidak begitu perlu BM untuk mencari rezeki asas di Malaysia ... itu bab lain lah).
Kebelakangan kini meletuplah kisah gangguan warganet terhadap Network School di Johor, yang lebih mencirikan prasangka dan keamukan daripada tatacara perundangan yang teliti. Selepas seminggu menghadapi kera-kera medsos atas benda ini, saya pun rasalah, mungkin saya kena menarik tumpuan saya daripada kerja amal yang terlalu mempertimbangkan kesedaran politik rakyat Malaysia, selama dua atau tiga dekad lagi, haha.
Entahlah, bila aku nak turun gelanggang. Pikiranlah saya, bukan dekad ini.
No comments :
Post a Comment